Siapa MASAC

Gabungan badan NGO dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian yang menjalankan program dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang (dadah). Tidak berorientasikan keuntungan, memberi perkhidmatan kemasyarakatan tanpa prejudis dan diskriminasi atas dasar kasih sayang serta ehsan kemanusiaan. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti yang sihat dan suasana selamat daripada kesan negatif akibat penyalahgunaan bahan terlarang. Berusaha untuk menjadi organisasi peneraju dalam menggerakkan NGO bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Menjadi rakan kongsi (partners) bersama pihak Kerajaan dalam usaha menangani permasalahan berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang. 

Fungsi MASAC

Ada Pertanyaan?

Sila tinggalkan pesanan anda.

Nilai Teras

Visi

Masyarakat yang sihat dan selamat daripada impak negatif penyalahgunaan bahan terlarang.

 

Matlamat

Menyelaraskan program mengurangkan  pengguna dadah baharu. Menyelaras pelaksanaan program yang berkesan untuk mengelakkan penagihan semula. Membela dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dikalangan ahli gabungan. Menjamin kehidupan bekas pengguna terbela berada didalam komuniti.

Misi

Menjadi organisasi peneraju dalam menggerakkan NGO / CSO untuk membantu menangani permasalahan berkaitan penggunaan bahan terlarang.

 
ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay